AKTIVITI GO GREEN

TAMAN HERBAL ZON MERBOK

Taman ini diwujudkan pada Januari 2018. Pelbagai jenis tanaman herbal ditanam bagi menjayakan taman ini. Ia juga dijadikan sebagai satu unsur terapeutik bagi pesakit.






KITAR SEMULA

Suatu proses untuk mengubah bahan yang menjadi sisa kepada suatu sumber yang mendatangkan nilai (Sumber: sisa@my.Malaysia).  Terdapat beberapa jenis bahan buangan atau sampah yang dijana oleh kita boleh dihasilkan sebagai satu barangan baharu ataupun barangan yang sama dengan memproses semula barangan tersebut.


  • Tahukan anda bahawa setiap hari kita akan menghasilkan sampah? Sampah ataupun sisa pepejal merupakan sesuatu yang tidak digunakan dan diperlukan lagi yang dijana daripada aktiviti komersial, agrikultur dan industri. Sampah terdiri daripada pepejal, cecair dan gas.Untuk mengurangkan jumlah sampah yang dihasilkan oleh masyarakat, salah satu langkah yang kita harus amalkan ialah KITAR SEMULA.



Kenapakah kita perlu mengamalkan kitar semula?


1)Mengurangkan penggunaan bahan mentah baru
2) Mengurangkan bahan buangan

3) Mengurangkan pencemaran

4) Mengurangkan penggunaan tenaga

5) Mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau

Apakah barangan yang kita boleh kitar semula?

1) Kertas
Surat khabar lama, buku, majalah lama,kertas, kotak, sampul surat, kalendar dan sebagainya

2) Aluminium dan besi
Tin minuman, foil aluminium dan barangan logam

3) Plastik
Beg plastik, botol mineral, botol syampo, botol minuman, bekas makanan plastik dan sebagainya

4) Pakaian
Pakaian-pakaian lama

5) E-waste
Barangan elektrik seperti komputer lama, radio dan sebagainya


 Tong Kitar Semula

Tong kitar semula merupakan salah satu bahan dalam proses kitar semula iaitu bagi proses pengasingan. Proses pengasingan sisa pepejal atau sampah merupakan proses penting. Oleh itu, penyediaan set tong kitar semula adalah penting tidak kira tong tersebut merupakan yang mahal atau dibuat sendiri
 SUDUT KITAR SEMULA
ZON MERBOK




No comments:

Post a Comment